Virus Trojan Horse ialah program yang menjangkiti sesuatu komputer untuk
mengakibatkan kerosakan. Kerosakan tersebut boleh ditafsirkan sebagai
kecurian data, kecurian identiti, akaun sulit dan sebagainya. Trojan
Horse boleh menjangkiti mesin pengguna tanpa disedari. Sebaik sahaja ia
menembusi komputer, virus Trojan Horse akan mengimbas keseluruhan
komputer dengan matlamat untuk mencuri data peribadi.
Salah satu virus Trojan Horse terawal dikesan pada tahun 1980-an,
apabila beberapa komputer terjejas akibat jangkitannya. Ia telah
dibangunkan oleh penggodam dengan tujuan untuk mencuri kata laluan
akaun-akaun peribadi atau sulit. Semakin hari ia semakin berkembang dan
semakin canggih fungsinya.
Nama Trojan Horse datang dari cerita mitologi Yunani tentang pengepungan
Troy. Orang-orang Yunani tidak mampu untuk menakluk bandar sehingga
mereka membina sebuah kuda kayu Trojan yang besar dan menyembunyikan
beberapa orang pahlawan (tentera) di dalamnya. Kuda kayu itu sepatutnya
menjadi hadiah dari orang Yunani, memaklumkan bahawa mereka akan belayar
dan tidak lagi mahu menakluki bandar. Apabila kuda Trojan dibawa masuk
ke dalam bandar, tentera Yunani di dalamnya menunggu sehingga hari
beransur gelap dan kemudian menyerang Troy, memusnahkan sekali gus
memenangi peperangan.
Menurut beberapa sumber dalam talian virus Trojan Horse pertama dikenali
sebagai ‘pest trap’, yang juga dikenali sebagai ‘Spy Sheriff’.Virus
Trojan Horse ini berjaya menjangkiti kira-kira satu juta komputer di
seluruh dunia. Ia tidak merosakkan mana-mana fail pada komputer,
sebaliknya ia membawa kepada kemunculan sejumlah besar pop-up,
sebahagian besar daripadanya kelihatan seperti amaran kepada pengguna
mengenai keperluan untuk memasang beberapa jenis aplikasi/perisian.
Apabila virus Trojan Horse menjangkiti satu-satu komputer, agak sukar
untuk membuangnya. Jika ia mahu dipadam, virus Trojan Horse hanya akan
memasang semula dirinya daripada data fail tersembunyi yang telah
terjejas (dijangkiti) pada komputer.
Terdapat satu perkara penting yang perlu diingat, virus Trojan Horse
tidak boleh ‘dihidupkan’ melainkan jika pengguna tidak mengaktifkan
program yang mempunyai virus tersebut. Adalah penting yang anda tidak
memuat turun program-program yang tidak diketahui, yang mana sumber
integritinya boleh diragui, lebih-lebih lagi jika seseorang atau sesuatu
memujuk anda untuk berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment